Aroma rempah ini amat harum dan boleh membangkitkan selera. Rempah ini berasal dari kepualauan Sulawesi Indonesia. Setelah sekian lama, rempah ajaib ini digunakan oleh hampir semua penduduk dunia dan telah diadaptasikan ke dalam makanan hampir seluruh dunia, dari masakan timur ke masakan barat...dari masakan biasa di rumah hingga ke masakan eksotik dalam restoran mewah. Rempah ini sebenarnya pahit, tetapi aromanya yang unik boleh menjadikan masakan anda bertukar menjadi makanan yang istimewa. Bukan setakat beraroma hebat, banyak khasiat tersembunyi dalam rempah ajaib ini.
- Banyak kajian menunjukkan bahawa kayu manis dapat mengawal paras gula dalam darah.
- Ia mengurangkan paras kolesterol LDL. Kolesterol LDL juga dikenali sebagai kolesterol yang berbahaya yang menjadi punca penyumbatan saluran darah.
- Ia mempunyai sebatian antiseptik semula jadi. Dalam kajian, kayu manis berkesan melawan ulser yang disebabkan oleh bakteria H. pylori dan patogen berbahaya yang lain.
- Ia mengurangkan kesakitan dikaitkan dengan penyakit artritis.
- Penyelidikan di Universiti Texas, yang diterbitkan dalam jurnal Pemakanan dan Kanser, menunjukkan bahawa kayu manis boleh mengurangkan pembiakan sel-sel kanser.
- Ia adalah bahan pengawet semula jadi.
- Ia mengandungi serat, kalsium, zat besi dan mangan .
- Ia telah terbukti berkesan untuk menahan senggugut akibat sakit haid.
- Mencegah kemandulan. Cinnamon mengandungi bahan kimia semulajadi yang dipanggil cinnamaldehyde yang menunjukkan meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan pengeluaran testosteron pada wanita membantu untuk mengimbangi hormon.
- Ia menentang pelbagai penyakit neurodegenerative, termasuk: penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, multiple sclerosis, tumor otak, dan meningitis, menurut penyelidikan di Makmal Penyelidikan Cytokine, Jabatan Eksperimen Therapeutics, Universiti Texas. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa kayu manis mengurangkan keradangan kronik dikaitkan dengan gangguan neurologi.
!!!!!!AMARAN!!!!!!
Kulit kayu manis cassia dan cinnamon...rupa lebih kurang rasa sama cuma cinnamon lebih lembut dan agak berbulu dan cassia keras seperti kayu, bau pun sama..tapi ada satu perbezaan iaitu jumlah COUMARIN (bahan kimia semulajadi) dalam kedua2nya...
Coumarin pada cinnamon@kayu manis Sri Lanka lebih rendah dan selamat dimakan oleh manusia manakala coumarin dlm cassia@kayu manis indonesia atau borneo sangat tinggi dan beracun.. kesan jangka panjang merosakkan hati dan buah pinggang.
Berita buruknya.. yang banyak djual di kedai adalah cassia.. yang kita sangka selama ini adalah cinnamon.
Cinnamon asli adalah rempah import yg boleh didapati di kedai tertentu sahaja..
Berhati hati..jom bertukar pada cinnamon...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan