23.5.14

KHASIAT BAWANG BESAR



Mengekalkan kesihatan jantung
Kajian menunjukkan jika anda makan separuh bawang besar boleh menurunkan kolesterol yang tidak baik. Ia secara automatik dapat mengekalkan jantung yang sihat. Keberkesanan lebih tinggi apabila dimakan secara mentah dan dimakan secara teratur.

Mempercepatkan peredaran darah
Bawang besar mengandungi fitokimia bahan kimia atau nutrien yang boleh membantu mengoptimumkan fungsi vitamin C kepada badan. Kehadiran fitokimia dalam bawang besar juga boleh melegakan keradangan dan peredaran darah supaya dapat menjaga fungsi sistem kardiovaskular.

Mencegah osteoporosis
Bawang besar mengandungi sebatian khas yang boleh menggantikan kehilangan tulang di kalangan wanita yang menghidap osteoporosis. Oleh itu, jika anda mahu mengelakkan osteoporosis secara semula jadi, maka makan bawang besar secara tetap .

Mengawal gula dalam darah
Bawang besar juga mengandungi kromium iaitu mineral penting yang boleh membantu sel-sel untuk bertindak balas terhadap tindakan insulin untuk mengawal paras gula dalam darahl.

Memudahkan penghadaman
Bawang besar kaya dengan serat. Serat adalah nutrien yang penting dalam mengekalkan kesihatan sistem penghadaman badan. Penghadaman yang sihat akan menjaga anda daripada perkara-perkara seperti sembelit.

Meningkatkan sistem imun
Makan bawang besar juga bermanfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan. Sistem imun yang kuat adalah kunci untuk mempertahankan diri daripada penyakit.

Mencegah asma
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa sebatian sulfur yang terkandung dalam bawang besar boleh memberhentikan tindakan formasi rantaian biokimia yang boleh membawa kepada asma. Bawang besar juga memudahkan pengeluaran kahak pada pesakit yang mengalami batuk yang teruk.

Mencegah kanser
Bawang besar mengandungi quercetin dan sebatian flavonoid lain yang mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Flavonoid adalah antioksidan yang melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Quercetin telah diketahui melambatkan atau bahkan menghentikan pertumbuhan sel-sel tumor dan melindungi daripada ancaman kanser terutamanya kanser kolon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...