Senarai khasiat kuaci biji labu
Kuaci ini mempunyai kandungan asid amino triptofan yang tinggi yang berfungsi mengaktifkan paras serotonin dalam tubuh anda untuk membantu aktiviti tidur malam yang baik.
Ia juga tinggi dalam magnesium, mineral ini sangat baik untuk jantung anda dan juga adalah penenang semulajadi.
Kuaci ini mengandungi tahap protein mudah hadam yang sangat membantu dalam menstabilkan paras gula dalam darah. Gula dalam darah yang stabil memudahkan proses penurunan berat badan anda.
Sangat tinggi dalam Omega 3, minyak biji labu telah dibuktikan dalam kajian dapat mengurangkan gejala benign prostatic hypertrophy (BPH) iaitu satu keadaan di mana kelenjar prostat menjadi bengkak.
Biji labu juga tinggi dalam mineral zink yang penting juga untuk menyuburkan sperma.
Kuaci juga sumber zat besi yang baik untuk kesihatan darah anda.
Dalam satu kajian terhadap haiwan, apabila biji labu menjadi sebahagian diet penting pada subjek ujikaji telah mendapati bahawa ia dapat menjadi antiradang yang setanding dengan ubat-ubatan.
Sebatian phytosterol yang terdapat juga pada biji labu dipercayai dapat menurunkan paras kolesterol. Biji labu mempunyai jumlah kedua tertinggi kandungan sterol (pistachios yang pertama dan biji bunga matahari ketiga).
Biji labu adalah sumber serat yang sangat baik membantu sistem penghadaman badan anda.
Selain itu juga biji labu adalah bersifat alkali yang membantu meningkatkan pH alkali badan. Banyak makan makanan snek boleh menyebabkan pembentukan asid berlebihan dalam badan. Keasidan badan telah dikaitkan sebagai punca-punca penyakit, kelesuan dan juga kanser.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan