11.5.14

KHASIAT MENTEGA

Mentega / Butter adalah salah satu bahan masakan makanan yang istimewa kerana ia boleh menghasilkan pelbagai masakan yang sedap seperti kek, cookies, biskut, nasi minyak dan sebagainya. Tetapi dalam beberapa dekad yang lalu, ia telah dipersalahkan kerana menjadi sebab kepada gejala obesiti dan penyakit jantung. Perlu diingat, terdapat 3 jenis lepa lemak yang biasa kita gunakan di Malaysia iaitu 
  • Marjerin (contoh; planta, daisy dsbnya)
  • Mentega / butter (contoh; golden chunk, anchor dsbnya)
  • Minyak sapi (contoh; ghee)

Kesemua lepa lemak ini adalah berbeza dari cara  dan sumber pembuatannya. Berikut adalah sebab mengapa mentega adalah baik untuk anda.

Mentega kaya dengan vitamin larut lemak
Terdapat banyak vitamin larut lemak dalam mentega. Ini termasuk vitamin A, E dan K2. Jika anda makan makanan yang sihat termasuk daging dan sayuran maka anda mungkin mendapat cukup vitamin A dan E. Akan tetapi tentang Vitamin K2 agak jarang terdapat dalam diet makanan seharian kita.
Vitamin K2 mempunyai manfaat yang kuat ke atas kesihatan. Ia berfungsi dalam metabolisme kalsium dan pengambilan Vitamin K2 telah dikaitkan dengan pencegahan penyakit serius seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan osteoporosis.
Susu dari lembu yang digunakan untuk menghasilkan mentega adalah sangat kaya dengan Vitamin K2.

Sumber asid lemak Butyrate
Karbon asid lemak butyrate dicipta oleh bakteria di dalam kolon ketika ia terdedah kepada serat pemakanan. Ini mungkin adalah sebab utama serat mempunyai manfaat kesihatan untuk manusia.
Tetapi terdapat satu lagi sumber butyrate yang baik ialah terdapat pada mentega. Mengandungi iaitu kira-kira 3-4% butyrate.
Dalam kajian ke atas tikus, butyrate dapat menghalang pertambahan berat badan pada diet yang tidak sihat dengan meningkatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pengambilan makanan. Ia juga memperbaiki fungsi mitokondria dan merendahkan trigliserida 

Mentega Kaya dengan Asid Linoleic Conjugated
Mentega adalah salah satu sumber asid lemak yang dipanggil Asid Linoleic Conjugated. Asid lemak ini mempunyai kesan yang kuat ke atas metabolisme. Ia banyak dijual dengan harga yang sangat mahal yang dijual sebagai produk komersial makanan tambahan untuk menurunkan berat badan. Dengan mengambil mentega yang jauh lebih murah dari produk tersebut adalah satu yang sangat menguntungkan.

Obesiti
Walaupun kandungan kalorinya yang agak tinggi, makan produk tenusu yang tinggi lemak TIDAK berkaitan dengan obesiti. Malahan pada satu kajian pada tahun 2012 yang mengkaji kesan-kesan penggunaan lemak tenusu dengan obesiti, penyakit kardiovaskular dan lain-lain gangguan metabolik. Mereka mendapati bahawa tenusu yang tinggi lemak TIDAK meningkatkan risiko penyakit metabolik dan TIDAK menyebabkan obesiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...