28.8.14

KHASIAT SOS TOMATO


Mengurangkan risiko kanser prostat 
Makan sos tomato dua kali atau lebih dalam seminggu dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat dengan kira-kira 20 peratus menurut satu kajian 2002 di Amerika melibatkan 47,000 lelaki. Penyelidikan ini mendapati lycopene iaitu antioksidan yang ditemui dalam tomato mengurangkan risiko kanser tersebut. 

Meningkatkan jumlah sperma 
Lycopene yang memberikan warna merah pada tomato juga boleh meningkatkan kesuburan lelaki. Satu kajian yang diterbitkan pada beberapa tahun dahulu penyelidik mendapati antioksidan ini juga boleh meningkatkan jumlah sperma sehingga 70 peratus. Malahan juga meningkatkan keupayaan sperma berenang dan mengurangkan bilangan sperma yang tidak normal. 

Menghapuskan kolesterol 
Ujian yang dijalankan oleh para saintis di Finland pula mendapati bahawa sos tomato boleh mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah yang dikenali juga sebagai 'kolesterol jahat'. Sukarelawan dalam kajian 2007, yang menambah sos tomato dalam makanan harian mereka didapati telah berupaya menurunkan jumlah paras kolesterol sehingga enam peratus. Dalam masa enam minggu tahap lipoprotein berketumpatan rendah atau kolesterol jahat telah menurun sebanyak 13 peratus. 

Memperbaiki penglihatan anda 
Sos tomato kaya dengan vitamin C dan rendah lemak, sos tomato mengandungi vitamin A yang merupakan kunci untuk sistem imun yang sihat dan penting untuk penglihatan yang baik.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Tomato mengandungi pelbagai nutrien yang penting seperti niasin, folat dan vitamin B6. Nutrien inilah yang telah dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung. Satu kajian mendapati bahawa wanita yang makan 7-10 hidangan tomato seminggu mempunyai risiko 29 peratus lebih rendah daripada mendapat penyakit kardiovaskular berbanding wanita yang dimakan kurang dari hidangan setengah produk tomato setiap minggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...