7.11.13

KHASIAT HALIA

                        

      Halia boleh digunakan segar, kering, serbuk, atau sebagai minyak atau jus, dan kadang-kadang ditambah kepada makanan diproses dan kosmetik. Ia adalah bahan yang sangat biasa dalam resipi. Aroma yang unik dan rasa halia datang daripada minyak semula jadi iaitu gingerol. Gingerol adalah sebatian bioaktif utama dalam halia, bertanggungjawab untuk banyak ciri-ciri perubatan. Ia mempunyai kesan-kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat

Manfaat Hebat Halia
  • Belum rasa lapar? Makan halia sebelum makan tengah hari untuk membangkitkan selera makan. Malahan halia dapat mengaktifkan jus pencernaan.
  • Halia meningkatkan penyerapan dan asimilasi nutrien penting dalam badan.
  • Rasa mual atau loya? Kunyah halia , sebaik-baiknya bersama  sedikit madu.
  • Senak perut?  Halia dapat membantu mengurangkan kembung perut !
  • Perut meragam dan memulas-mulas oleh angin ? Minumlah jus halia.
  • Sakit sendi ? Halia dengan sifat antiradang  boleh membantu. Mandi dalam tab mandi yang dicampurkan dengan beberapa minyak pati halia membantu melegakan sakit otot dan sendi.
  • Anda menjalani pembedahan? Mengunyah halia selepas pembedahan boleh membantu mengatasi loya. Gorengkan sehingga rangup supaya mudah anda memakannya.
  • Membangkitkan aroma teh, teh halia dapat menghilangkan sakit tekak dan  hidung tersumbat dan apabila kesejukan teh halia panas adalah pilihan yang tepat.
  • Sukar tidur? Cuba tambah halia goreng bersama semangkuk sup atau bubur.
  • Halia berupaya menurunkan paras kolesterol,
  • Halia berupaya menurunkan tekanan darah.
  • Halia dapat membantu penegahan kepada kanser.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...