Brokoli adalah sejenis sayuran yang enak dan lazat. Brokoli kaya dengan berpuluh-puluh jenis nutrien yang memberi khasiat kepada yang mengambilnya.
Berikut adalah beberapa faedah brokoli :
Pencegahan Kanser
Brokoli berupaya melawan kanser dan meningkatkan sistem imun badan sama seperti sayur-sayuran cruciferous yang lain seperti kubis bunga, pucuk brussels dan kubis.
Pengurangan Kolesterol
Seperti kebanyakan makanan jenis sayuran, brokoli penuh dengan serat larut yang dapat menarik kolesterol daripada badan anda.
Mengurangkan reaksi alergi dan keradangan
Penyelidikan telah menunjukkan keupayaan kaempferol dalam brokoli dapat mengurangkan kesan bahan-bahan alahan yang berkaitan pada badan kita. Brokoli juga mempunyai sejumlah besar asid lemak Omega 3 yang juga dikenali sebagai antiradang.
Antioksidan
Semua sayur-sayuran cruciferous seperti brokoli terdapat banyak sumber vitamin C, ditambah pula dengan flavonoid yang perlu bagi vitamin C untuk bertindak dengan berkesan. Brokoli juga terdapat karotenoid lutein, zeaxanthin dan beta- karotena yang menjadi antioksidan yang kuat.
Kesihatan Tulang
Brokoli mengandungi kalsium dan vitamin K yang mana kedua-duanya adalah penting untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.
Kesihatan jantung
Ciri-ciri anti radang sulforaphane iaitu salah satu isothiocyanates (ITCs) dalam brokoli yang mungkin boleh menghalang beberapa kerosakan kepada lapisan saluran darah yang disebabkan oleh keradangan akibat masalah gula dalam darah.
Makanan untuk diet
Brokoli adalah karbohidrat yang baik dan kaya dengan serat, yang membantu dalam pencernaan, mencegah sembelit, mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah dan menyekat anda dari makan berlebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan