19.3.14

KHASIAT BEEHOON





Bebas dari gluten
Gluten adalah protein yang terdapat dalam gandum, barli dan rai yang bertindak balas dengan yis untuk membuat  doh roti menjadi kembang dan menaik. Ia juga merupakan masalah kesihatan untuk orang yang sensitif pada gluten atau mempunyai penyakit usus. Ini berlaku akibat gangguan genetik di mana sistem imun bertindak balas kepada gluten yang menyebabkan kerosakan pada usus dan menyebabkan keradangan yang boleh merebak ke seluruh badan. Satu-satunya cara untuk mencegah penyakit ini adalah dengan tidak mengambil produk berasaskan gluten selama-lamanya dalam diet anda. Beras adalah secara semula jadi bebas dari gluten, jadi beehoon adalah pengganti terbaik untuk mi yang diperbuat daripada tepung gandum.

Serat dan protein
Satu cawan beehoon dimasak mempunyai 1.6 gram protein dan 1.8 gram serat. Bagi lelaki, jumlah ini mewakili 3 peratus keperluan protein harian mereka dan 5 peratus daripada jumlah serat setiap hari. Bagi wanita pula, mereka mendapat 4 peratus daripada keperluan harian mereka dan 7 peratus daripada serat daripada 1 cawan beehoon.

Sumber zink
Salah satu ketentuan bahawa zink sangat penting adalah, ia sangat perlu berada dalam kesemua tisu dan cecair dalam badan anda. Tanpa zink yang mencukupi, sistem imun anda tidak boleh bekerja untuk mencapai keupayaan maksimum. Ia juga merupakan komponen enzim yang memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Zink membantu mengawal gen dan ia adalah penting bagi pengeluaran dan pertumbuhan sel-sel baharu. Lelaki perlu mengambil 11 miligram dan wanita memerlukan 8 miligram zink setiap hari. Anda akan mendapat 0.44 miligram dalam 1 cawan beehon yang dimasak yang merupakan 4 peratus daripada pengambilan harian bagi lelaki dan 5 peratus untuk wanita.

Sumber zat besi
Selain peranan penting dalam menyampaikan oksigen kepada sel-sel , zat besi membantu badan anda menghasilkan sel-sel darah merah. Satu kesan kekurangan zat besi ialah memberi kesan kepada sistem imun anda kerana ia sangat diperlukan untuk perkembangan sel-sel darah putih yang dipanggil sel-sel T yang bertindak menahan serangan penyakit. Sebaliknya, terlalu banyak besi adalah toksik. Itu merupakan kebimbangan khas untuk kanak-kanak. Berlebihan besi akibat kemalangan adalah punca utama keracunan pada kanak-kanak, menurut Linus Pauling Institute. Satu cawan dari beras dimasak mengandungi 0.25 miligram besi , 2 peratus daripada pengambilan harian untuk wanita dan 3 peratus untuk lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...