Mencegah katarak
Makan sebiji telur sehari boleh mencegah degenerasi makula disebabkan kandungan karotenoid. Karotenoid mengandungi Lutein dan Zeaxanthin , kedua-duanya mengurangkan risiko katarak mata.
Kesihatan jantung
Sebiji telur mengandungi 6 gram protein berkualiti tinggi dan kesemua sembilan asid amino penting. Menurut kajian dari Harvard Bahagian Kesihatan Awam, tidak ada hubungan yang signifikan antara penggunaan telur dan penyakit jantung. Malah, menurut satu kajian, penggunaan telur yang tetap boleh membantu mencegah darah beku, strok dan serangan jantung.
Sumber choline
Satu kuning telur mempunyai kira-kira 300 mikrogram choline, nutrien yang membantu mengawal kecerdasan otak, sistem saraf dan sistem kardiovaskular.
Lemak sihat
Walaupun kuning telur mengandungi tinggi lemak, ia adalah jenis lemak yang bagus. Satu telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5 gram lemak yang tepu.

Kolesterol
Penyelidikan baru menunjukkan bahawa pengambilan telur secara sederhana tidak akan menimbulkan kesan negatif terhadap kolesterol dalam badan. Malah, kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa penggunaan biasa dua biji telur setiap hari tidak menjejaskan kandungan lipid seseorang dan pada hakikatnya ia dapat memperbaiki kandungan lipid tersebut.

Vitamin D
Telur adalah salah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D semulajadi.

Kanser payudara
Telur boleh mencegah kanser payudara. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan sekurang-kurangnya mengambil enam biji telur seminggu boleh menurunkan risiko kanser payudara sebanyak 44%.

Kesihatan rambut dan kuku
Telur menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat. Ini disebabkan oleh kerana kandungan sulfurnya yang tinggi dan terdapat pelbagai vitamin dan mineral.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan