5.6.14

KHASIAT KACANG KUDA


Manfaat Kesihatan Kacang Kuda

Kelebihan Serat Dan Berat Badan 
Seperti kacang lain ia kaya dengan kedua-dua serat larut dan tidak larut. Serat larut membentuk bahan seperti gel dalam saluran pencernaan yang memerangkap makanan yang mengandungi kolesterol dan membuangnya keluar dari badan. Kajian penyelidikan telah menunjukkan bahawa serat tidak larut bukan sahaja membantu untuk memudahkan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit tetapi juga membantu mencegah gangguan sistem pencernaan pada usus.

Protein untuk Vegetarian 
Kacang kuda adalah sumber protein yang baik. Seperti juga protein gandum, ia menyediakan jumlah protein yang setanding dengan daging atau tenusu makanan tanpa kalori yang tinggi atau lemak tepu.

Sumber Mangan untuk Pengeluaran Tenaga
Kacang kuda adalah sumber mineral surih mangan yang merupakan pencetus enzim yang penting dalam pengeluaran tenaga dan pertahanan antioksidan. Satu cawan kacang kuda membekalkan 84.5 % daripada nilai mangan setiap hari.

Sumber Besi
Ia boleh meningkatkan tenaga anda kerana kandungan besinya yang tinggi. Ini adalah penting untuk wanita yang sedang haid, wanita hamil atau yang menyusukan anak. Besi adalah satu komponen penting dalam hemoglobin yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke semua sel-sel badan dan merupakan sebahagian daripada sistem enzim utama untuk pengeluaran tenaga dan metabolisme.

Menstabilkan Gula Dalam Darah dan  (GI) Indeks Glycaemic Yang Rendah 
Serat larut membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Jika anda mempunyai rintangan insulin, hipoglisemia atau kencing manis kacang kuda boleh membantu anda mengimbangi tahap gula dalam darah disamping menjadikannya stabil. Ia mempunyai nilai GI yang rendah iaitu 28-32. Ini bermakna karbohidrat dalamnya dipecahkan dan dicerna secara perlahan-lahan. Ini membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengawal selera makan.

Untuk Jantung Yang Sihat 
Pengambilan Kacang kuda boleh menurunkan LDL ( tidak baik) dan jumlah kolesterol. Ia mengandungi sejumlah besar folat dan magnesium. Folat merendahkan tahap asid amino, homosistein dan menguatkan saluran darah. Kajian telah mendapati kacang kuda mengurangkan risiko serangan jantung

Baik Untuk Wanita 
Kacang kuda mengandungi fitokimia yang dipanggil saponin yang boleh bertindak sebagai antioksidan. Ia boleh mengurangkan risiko kanser payudara, melindungi daripada osteoporosis dan mengurangkan rasa tidak selesa di kalangan wanita selepas menopaus.

Menurunkan Berat Badan 
Oleh kerana kandungan serat yang tinggi dan rendah GI, kacang kuda sangat baik untuk diet penurunan berat badan. Kacang kuda adalah lazat dan boleh membuat anda kenyang lebih lama sekaligus dapat mengawal selera makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...