12.4.14

KHASIAT CILI PADI


Cili padi merupakan tumbuhan dari keluarga cili yang sangat pedas. Terdapat beberapa jenis cili padi yang biasa kita lihat samada yang dijual di pasaran ataupun yang kita tanam sendiri di halaman rumah. Apakah kandungan yang terdapat dalam cili ini yang menerbitkan rasa pedasnya yang melampau? Ini disebabkan oleh sebatian alkaloid di dalamnya iaitu capsaicin yang memberikan rasa pedas yang melampau. 

Rasa yang pedas inilah yang boleh menimbulkan 'nikmat' tertentu kepada manusia-manusia yang menggemari nilai kepedasan. Berbeza dengan kepedasan yang diterbitkan oleh lada hitam atau lada putih, kepedasan yang timbul dari cili padi ialah bersifat 'menggigit' deria rasa anda pada keseluruhan lidah anda. Cili padi banyak digunakan dalam pelbagai masakan dari masak lemak, masak asam pedas hinggalah diaplikasi juga dalam masakan-masakan moden hari ini. Jadi, adakah kita berbaloi me'nikmati' kepedasan ini? kita lihat senarai manfaatnya....

Antibiotik
Eksperimen telah menunjukkan bahawa kandungan capsaicin dalam cili padi adalah bersifat anti-bakteria, anti-karsinogenik, analgesik dan juga anti-diabetes. 

Menurunkan Kolesterol
Benar!! Ia juga didapati berupaya untuk mengurangkan tahap kolesterol LDL pada individu yang mengalami obes.

Antioksida
Cili padi yang segar berwarna merah dan hijau adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. 100 gram cili padi segar menyediakan kira-kira 143.7 μg vitamin C. Kandungan vitamin C dalam cili adalah 8 kali ganda yang terdapat pada sebiji limau!!! Vitamin C adalah antioksidan yang larut air yang kuat. Ia diperlukan untuk sintesis kolagen dalam badan. Kolagen adalah protein utama struktur dalam badan yang diperlukan untuk mengekalkan integriti saluran darah, kulit, organ, dan tulang. 


Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C membantu badan anda dilindungi daripada penyakit skurvi, menguatkan sistem imun untuk menentang penyakit berjangkit (meningkatkan imuniti) dan menghapuskan sisa toksin berbahaya, radang dan juga menyingkir radikal bebas daripada badan.

Pelbagai manfaat vitamin dan mineral dalam cili padi
Ia juga mengandungi antioksidan lain seperti vitamin A, dan flavonoid seperti ß-karotena, α-carotene, lutein, Zeaxanthin, dan cryptoxanthin . Bahan-bahan antioksida dalam capsicum ini membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan memudaratkan akibat daripada radikal bebas.

Cili api mengandungi banyak mineral seperti kalium, mangan, besi dan magnesium. Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor bersama enzim antioksidan dan superoksida dismutase .

Cili api juga mengandungi kumpulan vitamin B-kompleks seperti niasin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan thiamin (vitamin B-1). Vitamin ini adalah penting untuk keperluan tubuh anda untuk memperbaharui sel-sel badan, memecahkan kandungan karbohidrat dalam badan dan mencegah rasa tekanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...