2.6.14

KHASIAT TELUR GORENG


Telur adalah sumber makanan yang paling mudah untuk mendapatkan tenaga dan protein. Kerana ianya mudah untuk disediakan, telur secara tradisionalnya banyak dijadikan sebagai diet dalam sarapan. Terdapat banyak resepi telur popular dan di antara mereka telur goreng, telur dadar, telur rebus dan telur omelet. Telur adalah makanan sarapan yang sering dijumpai di meja makan. Telur goreng menjadi makanan ringan yang mudah dan berkhasiat.

Jumlah kalori pada telur;

  • 90 (telur besar) dan 70 ( telur kecil).
  • Putih telur mengandungi 15 hingga 20 nilai kalori
  • Kuning telur mengandungi 50 hingga 60 nilai kalori
  • Telur mentah keseluruhan mengadungi 75 hingga 80 nilai kalori
  • Telur goreng menyediakan kalori yang lebih tinggi iaitu sejumlah 90 hingga 110 nilai kalori
Telur goreng adalah sumber yang kaya dengan protein terutamanya pada bahagian putih telur, lemak dan kandungan kolesterol  adalah tinggi terdapat dalam kuning telur. Telur goreng juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A, folat, kalsium, natrium, kalium dan fosforus.

Manfaat  telur goreng
  • Kandungan protein yang tinggi memberi manfaat kepada seseorang pulih dari penyakit seperti batuk kering .
  • Oleh kerana kandungan vitamin A yang tinggi, telur goreng bermanfaat dalam mengekalkan ketajaman penglihatan dan kesihatan mata.
  • Makan telur secara kerap dapat menghalang kemerosotan kesihatan dan menajamkan ingatan.
  • Nilai kalori yang tinggi boleh menjadikan telur sebagai pembekal tenaga segera.
  • Kandungan protien yang tinggi sesuai untuk pembinaan otot-otot badan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...