15.12.13

KHASIAT BELIMBING

                  
Belimbing mempunyai lima cuping berbentuk bintang bila dipotong sebab itulah ia digelar juga sebagai star fruit. Rasa isi kuning belimbing hampir sama dengan rasa buah-buahan sitrus. Rasanya agak masam manis sedikit bergantung kepada jenisnya. Sesetengah mengandungi biji hitam kecil di tengah-tengah. 

Faedah Kesihatan Belimbing
  • Belimbing boleh menurunkan paras kolesterol dan membantu sistem penghadaman.
  • Air rebusan daun dan akar (samada berasingan atau dicampur) boleh membantu mengurangkan sakit kepala penawar kurap dan cacar air.
  • Buah ini dikenali untuk menyembuhkan keletihan dan kelesuan badan. 
  • Buah ini juga boleh juga digunakan untuk merawat sakit mata.
  • Belimbing jika diberikan kepada ibu-ibu yang sedang menyusu dipercayai dapat merangsangkan aliran susu.
  • Terdapat banyak zat besi yang sangat penting untuk kesihatan darah dalam badan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...