Ikan kembong, anda tentu sangat boring ketika masih kanak-kanak bila mana emak anda memasak ikan ini sebagai lauk hampir setiap hari kan?... tidak kira cara ia di masak samada secara goreng, kari, asam pedas, dibuat masin, dimasak sebagai sup dan sebagainya...ikan ini tetap mempunyai rasa yang lazat... ikan kembong murah dan mempunya banyak isi berbanding dengan ikan-ikan yang lain. Lagipun ia sangat mudah didapati dan dijual dimana-mana samada dipasar basah, di supermarket dan dalam fridge kedai-kedai runcit yang kecil pun. Seringkali juga kita beranggap ikan ini adalah tahap low class level berbanding dengan ikan salmon, ikan bawal dan ikan-ikan yang mahal yang lain. Tahukah anda, walaupun ikan ini sangat murah berbanding ikan lain, ia mengandungi nilai khasiat yang berganda-ganda dari ikan-ikan import dan ikan mahal yang kita rasa lebih berkhasiat.
Ikan kembong mengandungi Omega -3 Asid Lemak - 2.991 mg dan juga sangat banyak dalam Omega-6 Asid Lemak iaitu 245 mg. Sesiapa yang makan ikan kembong ini sebenarnya tidak perlu lagi mengambil suplemen makanan atau susu yang menawarkan khasiat omega, ini kerana jumlah omega dalam ikan kembong jauh melebihi dari jumlah omega yang terdapat dalam suplemen makanan yang sangat mahal tu. Omega adalah asid lemak yang sangat baik untuk kesihatan jantung anda. Antara lain khasiat si kembong ini ialah seperti;
- Ikan kembung adalah sangat berkesan dalam mengawal paras hormon dan juga meningkatkan keanjalan saluran darah dan kapilari.
- Ia membantu dalam menurunkan agen penyebab kanser dan dengan itu menghalang risiko barah.
- Ia memberi manfaat dalam menurunkan paras kolesterol yang tidak baik kerana ia mempunyai khasiat yang boleh mengurangkan pembekuan darah.
- Ikan ikan kembung juga merendahkan tahap tekanan darah tinggi.
- Ia membantu dalam merawat sakit kepala migrain, arthrosis dan syarat artritis. Ia juga meningkatkan memori dengan meningkatkan aktiviti otak.
- Kembung menghalang gangguan sakit jantung yang berkaitan , meningkatkan fungsi organ yang lemah oleh penyakit, menguatkan sistem imun dan mengawal metabolisme .
Jadi,bagaimana? ikan kembong ni makanan low class ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan