Faedah
Daging kambing adalah sumber protein yang berkualiti tinggi. Daging kambing juga adalah sumber ideal zat besi. Daging kambing secara purata boleh menyediakan 20 peratus daripada pengambilan harian zat besi yang disyorkan
untuk lelaki dan 12 peratus bagi wanita. Besi yang terdapat dalam daging
kambing dan daging merah yang lain adalah dalam bentuk yang mudah diserap oleh
badan. Besi yang ditambah dalam diet adalah penting dalam pembentukan sel darah
merah.
Daging kambing juga menyediakan 45 peratus daripada keperluan
harian zink. Ia sangat penting untuk sistem pertumbuhan badan, pemulihan dan sistem imun yang sihat.
Seperti besi, zink yang terdapat dalam daging kambing adalah lebih mudah
diserap oleh badan berbanding dengan zink yang terdapat dalam sumber-sumber
lain .
Daging kambing adalah sumber besar vitamin B yang penting untuk
reaksi metabolik dalam badan. Ia boleh memberikan lebih daripada 100 peratus keperluan harian B12 dan merupakan sumber thiamine yang baik.
Daging kambing juga mengandungi unsur-unsur surih seperti
tembaga, mangan dan selenium. Hasil daripada teknologi dan perkembangan dalam sistem penternakan kambing seperti amalan memberi makanan ternakan,
kaedah penyembelihan dan cara memotong bahagian daging, lemak dalam daging kambing telah
menunjukkan kadar pengurangan sejak 20 tahun yang lalu. Sebagai contoh pada masa kini stik kambing mungkin hanya mengandungi serendah 5.1 peratus lemak sahaja.
Separuh lemak dalam daging kambing adalah tidak tepu yang sangat baik untuk anda. Kebanyakan lemak tak tepu adalah monotaktepu biasanya ditemui
dalam 'diet makanan jenis Mediterranean' yang sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan