3.4.14

KHASIAT SERAI


Serai telah lama digunakan secara meluas di negara-negara Asia untuk kegunaan perubatan dan begitu banyak digunakan dalam pelbagai masakan. Makanan yang berserai termasuklah tomyam, masak asam, asam pedas, laksa dan banyak lagi jenis masakan yang kita makan hari-hari pasti mengandungi serai. Apa yang menjadikannya begitu bagus untuk tujuan perubatan adalah kerana ia mempunyai sebatian anti-septik tertentu yang berkesan untuk membunuh  mikroorganisma berbahaya seperti bakteria, kulat, parasit dan lain-lain dalam saluran usus pencernaan.

Mencegah Anemia
Serai mempunyai kandungan zat besi yang tinggi  berfungsi untuk sintesis hemoglobin (protein dalam sel-sel merah bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh badan). Serai amat berguna untuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan anemia yang bermasalah dengan kekurangan zat besi.

Anti-kanser 
Satu kajian telah dilakukan untuk menunjukkan serai mengandungi citral iaitu sumber anti-kanser yang boleh menyebabkan sel-sel kanser mati tetapi masih dapat mengekalkan tisu yang sihat. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa mengambil serai dalam diet makanan anda akan menyembuhkan kanser anda, ia cuma membantu mencegah pertumbuhannya.

Anti-radang dan anti-septik 
Oleh kerana ciri-ciri anti-radang dan anti-septik pada serai, ia boleh digunakan sebagai ubatan untuk merawat artritis, gout dan radang saluran kencing.

Jangkitan bakteria atau kulat 
Terima kasih kepada ciri-ciri anti-septik pada serai berfungsi membantu menghapuskan mikro-organisma yang tidak baik, menyahtoksik dan membersihkan darah, membunuh bakteria, kulat atau yis.

Sebagai balsam semulajadi 
Oleh kerana kandungan minyak dalam serai mempunyai aroma dan balsam secara semulajadi, serai mempunyai manfaat untuk bertindak sebagai balsamic pada saluran pernafasan. Ia boleh digunakan untuk melegakan hidung tersumbat akibat selesema, sejuk dan demam.

Detoksifikasi 
Sifat serai yang antioksida dan anti-septik menjadikannya bahan penting untuk proses detoksifikasi. Ia membersih dan menyucikan hati, buah pinggang, pundi kencing, pankreas dan meningkatkan peredaran darah. Kesan diuretik membantu membawa keluar toksin daripada badan melalui proses ini.

Diabetes 
Ini berlaku akibat dari kesan penutrelan dan pembersihan oleh serai dalam membantu untuk membersihkan dan menyahtoksik organ dalaman badan. Termasuklah pembersihan pankreas akan dapat meningkatkan fungsi-fungsinya dengan itu merendahkan tahap gula dalam darah dalam pesakit kencing manis.

Kesihatan usus 
Serai membantu mengawal fungsi usus dan motilitas kerana sifat-sifat anti-mikrob itu. Ia membantu untuk membunuh bakteria yang tidak baik dan parasit juga membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus. Dengan itu ia membantu untuk memperbaiki masalah penghadaman yang berkaitan seperti: masalah pencernaan, sembelit, cirit-birit, kembung usus, perut kembung, kejang perut, muntah-muntah dan kekejangan.

Pedih ulu hati 
Jus serai yang terdapat dalam masakan anda menjadi sangat sesuai untuk mengurangkan rasa pedih ulu hati.

Tekanan darah tinggi 
Kandungan kalium yang tinggi amat menggalakkan diuresis dengan itu membantu untuk menurunkan dan mengawal tekanan darah. 

Kolesterol tinggi 
Serai mempunyai anti-kolesterol dan anti aterosklerosis. Ia membantu mengurangkan kedua-dua penyerapan kolesterol dari usus, dan juga pengoksidaan LDL-kolesterol dalam darah, dengan itu serai berupaya menjadi penghalang dalam pembentukan plak pada saluran darah.

Insomnia 
Insomia berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia dalaman atau gangguan saraf. Aktiviti pembersihan dan kesan menenangkan yang terdapat dalam serai amat membantu meningkatkan kualiti tidur anda.

Sistem saraf 
Magnesium, fosforus dan folat adalah nutrien penting yang diperlukan untuk sistem saraf berfungsi dengan sihat. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, tumpuan, ingatan dan keupayaan otak untuk memproses maklumat.

Kesihatan kulit 
Apabila darah disucikan, peredaran bertambah baik, kesihatan kulit akan terhasil. Dengan sering mengambil serai dapat membantu mencegah masalah jerawat, ekzema dan psoriasis.

Menurunkan berat badan 
Jus serai dalam masakan bertindak membantu untuk mencairkan lemak dengan cara detoksifikasi. Kesan diuretik membantu menyingkirkan sisa lemak dalam jumlah yang tinggi, berkesan dan cepat, menyebabkan kehilangan berat badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...