30.5.14

KHASIAT DAUN KUCAI


Kucai adalah ahli keluarga Allium meliputi bawang putih, bawang merah, daun bawang dan sayur. Anda boleh menambah ke dalam sup, rebusan, pasta atau salad untuk tambahan dalam hidangan anda. Khasiat yang terdapat pada kucai ialah:

Allicin
Bawang putih dan bawang besar adalah sumber utama allicin, tetapi kucai juga adalah sumber penting nutrien ini. Allicin menyumbang kepada penurunan kadar kolesterol dan juga menurunkan tekanan darah. Inilah yang dapat meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh terutama untuk hati anda. Allicin membantu dalam mengurangkan kolesterol dengan mengurangkan tahap LDL anda dan meningkatkan tahap HDL anda. Nutrien ini juga mungkin mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan pembekuan darah berbahaya.

Sumber Antikanser 
Kucai juga boleh membantu dalam memerangi kanser kerana ia mengandungi banyak antioksidan yang membantu memusnahkan sel radikal bebas yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dan tumor. Kucai membantu menghasilkan glutathione badan anda iaitu ejen yang membolehkan badan anda mengenal pasti toksin dan bahan-bahan penyebab kanser dan seterusnya menghapuskannya.

Membantu Sistem Penghadaman
Makan kucai mungkin membantu badan anda mencerna makanan dengan lebih baik. Kucai berupaya menghapuskan bakteria, yis dan kulat dalam saluran usus anda supaya seluruh sistem penghadaman anda dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Kucai juga mempunyai keupayaan anti-bakteria yang membunuh sekurang-kurangnya 30 strain salmonella yang boleh menyebabkan masalah penghadaman.

Kaya Nutrien
Kucai membekalkan banyak vitamin dan mineral termasuk

  • 9 mg kalium, 
  • 3 mg kalsium, 
  • 78 mcg beta-karotena, 
  • 3 mcg asid folik dan 
  • 6 mcg vitamin K. 
Kucai juga membekalkan sejumlah kecil 

  • magnesium, 
  • besi dan 
  • beberapa vitamin B 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...