Sawi hijau
adalah sayur yang berasal dari Asia dan berkaitan dengan keluarga sayuran jenis bok choy . Ia mempunyai daun berwarna hijaudan batang lembut yang berwarna hijau muda dengan bunga kecil kuning dipucuknya. Daun dan batang
kedua-duanya boleh dimakan, dan ia mempunyai rasa yang ringan dan tidak pahit. Sawi
boleh didapati sepanjang tahun. Sawi adalah sayuran yang paling sering dimasak oleh masyarakat asia sama ada dimasak dan dihidangkan sebagai masakan penuh atau sebagai masakan yang dicampur terutamanya bersama mi goreng, nasi goreng dan kue teaw goreng.
Manfaat
kesihatan yang penting yang dikaitkan dengan sawi ialah kebolehannya untuk membantu dalam penghadaman makanan. Sekiranya anda beberapa hari susah nak berak sampai meneran sepenuh tenaga pun taik tak nak keluar, cubalah masak sup sawi. Ia mempunyai kandungan
vitamin A, vitamin C , beta- karotena , kalsium dan serat. Sayur-sayuran
berdaun hampir tiada lemak , kalori yang rendah, dan karbohidrat yang rendah. Apa yang penting ia mengandungi banyak kalium dan vitamin B6. Sesetengah vitamin yang terdapat dalam sawi
juga adalah agen antioksidan yang kuat sebagai pencegah kanser
Jumlah beta- karotena yang banyak wujud dalam sawi boleh membantu untuk mengurangkan
risiko kanser tertentu. Beta- karotena juga telah dikenali untuk mengurangkan
risiko katarak mata . Malahan sawi juga merupakan sumber asid folik dan zat besi yang penting untuk pembinaan sel darah merah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan