2.6.14

KHASIAT MINYAK SAPI






Faedah Kesihatan Ghee

Stabil
Oleh kerana kelembapan yang rendah dan kurang kandungan susunya berbanding mentega, minyak sapi tidak akan berbau tengik pada suhu bilik dan mengekalkan rasa asal dan kesegaran sehingga setahun tanpa penyejukan.

Takat hangus yang tinggi. 
Takat hangus minyak sapi sangat tinggi iaitu hampir 500°F. Iaitu lebih tinggi daripada takat hangus minyak masak dan mentega iaitu cuma 350°F. Minyak masak yang hangus semasa memasak akan menyebabkan penghasilan asap toksik dan radikal bebas yang berbahaya. 

Merangsang sistem penghadaman
Minyak sapi merangsang rembesan asid perut untuk membantu dalam pencernaan. Manakala lemak dan lain-lain minyak boleh melambatkan proses penghadaman tubuh dan berada sangat lama dalam perut.

Kaya dengan Vitamin A, D , E dan K. 
Ghee kaya dengan lemak larut sihat vitamin A, D , E, dan K, yang penting bagi tulang, otak, jantung dan fungsi sistem imun.

Sumber semulajadi PTK anti-karsinogen
Minyak sapi yang dihasilkan daripada lembu yang makan rumput mengandungi  asid lemak asid linolenik conjugated (PTK) yang membantu dalam penurunan berat badan, melawan kanser dan telah ditunjukkan dapat melambatkan pertumbuhan beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.

Kaya dengan asid butyric
Sarat dengan asid lemak rantaian pendek seperti asid butyric iaitu asid lemak yang dipercayai dapat mencegah kanser dan tumor. Minyak sapi membantu memulihkan integriti lapisan usus, mengurangkan keradangan, mempunyai ciri-ciri anti-virus dan telah terbukti memberi manfaat kepada pengidap ulser kolitis dan penyakit Crohn.

Meningkatkan penyerapan vitamin
Lemak dalam minyak sapi amat membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak dan mineral dari makanan lain. Secara lansung juga ia dapat menguatkan sistem imun.

Kesucian
Minyak sapi tidak mengandungi minyak hidrogenasi yang berbahaya, bahan tambahan tiruan, pengawet atau lemak trans.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...