Kita sering membuat satu anggapan dan andaian yang salah terhadap minyak kelapa terutamanya bagaimana minyak ini dikait rapatkan dengan penyakit jantung. Kini kita tahu bahawa ini adalah tidak
benar sama sekali. Malahan sebenarnya minyak kelapa adalah makanan yang boleh memberikan sumbangan terhadap kesihatan jantung anda.
Apakah faedah
kesihatan minyak kelapa?
Kajian telah
menunjukkan bahawa pengambilan minyak kelapa boleh membantu badan kita sebagai antibodi kepada virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.
Bahkan ia juga boleh membantu untuk melawan yis, kulat dan candida.
Minyak kelapa
juga boleh memberi kesan yang positif untuk mengaktifkan hormon tiroid dan mengawal kandungan gula dalam darah. Minyak kelapa membantu
meningkatkan penghasilan dan penggunaan insulin dalam badan yang membantu mengawal kandungan glokusa dalam darah. Minyak kelapa dapat meningkatkan
fungsi tiroid yang dapat membantu meningkatkan metabolisma, menguatkan tenaga dan daya tahan tubuh badan. Ia
meningkatkan fungsi penghadaman badan dan membantu menyerap vitamin larut lemak .
Bolehkah
minyak kelapa mengurangkan kolesterol?
Minyak kelapa
mempunyai lemak tepu dipanggil asid laurik , sejenis MCT . Ia telah menunjukkan
bahawa asid laurik meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah untuk membantu
mengawal tahap nisbah kolesterol dalam badan. Minyak kelapa merendahkan kolesterol
dengan menukar kolesterol kepada Pregnenolone, molekul Pregnenolone inilah yang amat diperlukan oleh badan kita. Kelapa boleh membantu memulihkan
fungsi tiroid yang tidak normal. Apabila tiroid tidak berfungsi dengan optimum, ia
boleh menyebabkan peningkatan tahap kolesterol dalam badan kita.
Bagaimana minyak kelapa membantu menyeimbangkan berat badan?
Lemak kelapa
mempunyai lemak khas yang dipanggil trigliserida rantaian sederhana (MCT ). Ia
adalah sejenis lemak yang sihat di dalam hati yang membantu kepada pembakaran tenaga dalam badan dengan cekap, pembakaran tenaga dalam badan yang cekap dapat membakar dan menyingkirkan lebihan lemak dalam badan Kajian mendapati bahawa wanita
yang mengamalkan 30 mililiter (kira-kira 2 sudu besar ) minyak kelapa setiap
hari selama 12 minggu bukan sahaja dapat mengawal berat badan, malahan juga dapat merendahkan jumlah lemak di bahagian abdomen iaitu sejenis
lemak yang sukar untuk dihilangkan yang mana lemak inilah yang menyumbang kepada lebih banyak masalah
jantung.
Adakah kelapa
benar boleh membantu mengawal penuaan?
Minyak yang
terdapat dalam kelapa yang mempunyai tindakan antioksidan positif di dalam
badan. Ini bermakna ia membantu memberhentikan kerosakan pada lemak yang
sihat dan tisu lain dalam badan kita. Pengoksidaan dianggap penyumbang utama
kepada masalah kardiovaskular dan penuaan kulit. Minyak kelapa sebenarnya boleh
membantu badan kita mengurangkan keperluan pengambilan makanan antioksidan.
Adakah minyak
kelapa baik untuk kulit saya dan rambut?
Minyak kelapa adalah pelembap semulajadi yang baik untuk kulit dan rambut. Ia
mempunyai jumlah vitamin E yang banyak dan sangat baik untuk kesihatan kulit badan. Jika anda ingin menggunakan minyak kelapa untuk sapuan kulit, carilah minyak kelapa organik yang sesuai untuk mengurangkan penyerapan toksin dan
racun perosak melalui kulit anda. Seeloknya juga minyak kelapa adalah pilihan selamat sebagai losyen untuk bayi anda berbanding minyak dan pelembab sintetik yang boleh memudaratkan kulit bayi.
Walaupun negara kita merupakan pengguna minyak masak kelapa sawit, syukurlah masih ada pengilang dan pembuat minyak kelapa sebagai minyak masakan di pasaran. Anda boleh mendapatkan minyak kelapa ini di kedai runcit, walaupun lebih mahal sedikit dari minyak sawit...khasiat dan manfaat kesihatan dari penggunaannya adalah berbaloi..lagipun wangian hasil masakan menggunakan minyak ini adalah lebih harum berbanding masakan menggunakan minyak sawit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan