1.5.14

KHASIAT AIR KELAPA



Rendah kalori
Kandungan lemak dan kalori dalam air kelapa adalah sangat rendah, jadi tak perlulah risau kerana anda boleh minum sepuas-puasnya tanpa rasa takut pada pertambahan nilai kalori. Ia juga dapat menyekat selera makan kerana sifat air yang membuat anda cepat merasa kekenyangan.

Kesihatan Kulit
Bagi mereka yang mempunyai jerawat atau lain-lain kecacatan pada permukaan kulit air kelapa mempunyai keupayaan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit. Ia juga berupaya melembapkan kulit dari dalam jika diminum secara tetap dan menghapuskan kulit yang berminyak. Ini lah sebabnya mengapa produk seperti krim muka, syampu, perapi dan losyen mengandungi ekstrak kelapa dapat memberikan impak yang lebih berkesan.

Memudahkan Penghadaman
Jika anda sentiasa menghadapi kesukaran dalam proses pencernaan, air kelapa boleh menyelesaikan masalah ini. Oleh kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi ia sangat membantu dalam mencegah masalah ketidaksempurnaan sistem pencernaan dan mengurangkan berlakunya tindakan refluks asid.

Meningkatkan Penghidratan
Bahan-bahan dalam air kelapa adalah kandungan yang lebih berkesan untuk menghidratkan tubuh manusia berbanding dengan minuman isotonik sukan dan minuman bertenaga. Selepas menjalankan latihan fizikal yang aktif, badan manusia akan kehilangan cecair yang kaya dengan mineral. 
Air kelapa berfungsi sebagai minuman isotonik semulajadi yang baik kerana mengandungi;

  • 294 mg kalium  
  • 5 mg gula semula jadi (tidak seperti minuman sukan kegemaran anda yang hanya mengandungi separuh daripada kandungan kalium dan lima kali jumlah gula yang diproses). 
  • Kandungan natrium hanya 25 mg, yang agak rendah berbanding dengan 41 dan 20 mg didapati dalam minuman sukan dan minuman tenaga.

Mengurangkan Tekanan Darah
Dalam banyak keadaan, tahap elektrolit yang tidak seimbang  boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana air kelapa mengandungi bekalan elektrolit mencukupi untuk badan ia boleh digunakan sebagai mekanisme pengimbang. Dalam keadaan tertentu adalah disyorkan bahawa air kelapa jika diminum pada permulaan hari boleh menggalakkan keseimbangan elektrolit-elektrolit ini .

Kaya dengan Nutrien
Tidak seperti minuman lain di pasaran, air kelapa mengandungi lima elektrolit penting yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ini termasuk: kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Kerana komposisi yang unik, air kelapa boleh dinikmati oleh individu-individu yang mempunyai masalah kesihatan yang berbeza-beza .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...