14.4.14

KHASIAT KEPAK AYAM GORENG


Sayap ayam adalah salah satu makanan popular yang boleh dibakar atau dipanggang dalam sos barbeku ataupun digoreng. Apabila digoreng, sayap ayam menimbulkan rasa yang berbeza dan  menjadi lebih berminyak dan berlemak. Walaupun ayam menyediakan sumber protein yang penting dan kebiasaannya mempunyai kandungan lemak yang rendah berbanding daging yang lain, menggoreng kepak ayam menjadikan jumlah lemak pada makanan ini meningkat. Bagaimanapun, kita tidak pernah melepaskan peluang untuk menikmatinya kerana kepak ayam goreng adalah makanan lazat dan istimewa biarpun anda hanya mencampurkannya hanya dengan garam sahaja.

Nilai Kalori
Bilangan kalori yang anda perolehi pada sayap ayam goreng bergantung kepada sama ada anda makan bersama kulit atau tidak, dan bergantung juga sama ada sayap telah disalut dengan adunan ataupun tidak. Anda akan mengambil kira-kira 81 kalori daripada sayap ayam kecil dengan kulit yang telah digoreng tanpa adunan. Manakala tanpa kulit, anda hanya akan mengambil kira-kira 34 kalori. Bagaimanapun sayap ayam yang disalut dengan adunan mempunyai hampir 159 jumlah kalori.

Nilai Pemakanan
Sayap ayam agak tinggi dalam jumlah protein. Satu sayap ayam mempunyai 5-9 gram protein, bergantung kepada saiz sayap dan jika anda makan kulit (yang tidak mengandungi protein tertentu). Sayap goreng agak rendah kolesterol dan juga mengandungi kalium dan besi.

Kandungan Lemak
Menggoreng menambahkan lemak dalam kandungan sayap ayam anda. Satu sayap goreng dengan salutan mempunyai kira-kira 6.3 gram lemak, tetapi jika anda membuang kulit, anda hanya akan mengambil kira-kira 1.3 gram lemak. Satu sayap ayam goreng yang bersalut tepung mempunyai sebanyak 10 gram lemak.


 !!! Amaran Obesiti !!!!
Makan makanan yang digoreng secara tetap secara langsung dikaitkan dengan obesiti, menurut penyelidik di Jabatan Perubatan Pencegahan dan Kesihatan Awam di Madrid Sepanyol. Dalam satu kajian 2007, penyelidik mendapati bahawa lelaki dan wanita yang banyak mengambil makanan yang bergoreng akan menunjukkan penambahan pada indeks jisim badan, lilitan pinggang dan berat keseluruhan badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...