Makan dua hidangan ikan setiap minggu atau kira-kira 7 auns seminggu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Pengambilan ikan secara tetap dapat memberikan manfaat kesihatan anda.
Protein
Tilapia mengandungi protien berkualiti tinggi yang lengkap dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan tubuh anda perlukan. Pakar Perubatan mencadangkan lelaki dewasa mengambil sekurang-kurangnya 56 gram protein, wanita dewasa mengambil sekurang-kurangnya 46 gram dan wanita hamil dan menyusu mengambil 71 gram protein setiap hari.
Omega-3
Tilapia adalah sumber yang kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan fungsi otak. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 4 auns tilapia mengandungi kira-kira 150 miligram DHA ditambah EPA iaitu dua kandung penting dalam omega-3. Menurut Institut Perubatan, lelaki dewasa perlu mengambil sekurang-kurangnya 1,600 miligram omega-3 dan wanita dewasa memerlukan 1,100 miligram omega-3 setiap hari.
Mengawal Berat Badan
Makan tilapia secara tetap boleh membantu anda mengawal berat badan anda. Tilapia secara semula jadi rendah lemak, dan hanya mengandungi kira-kira 128 kalori dalam setiap bahagian 3.5 auns. Individu yang mengambil 8 gram omega-3 daripada minyak ikan menunjukkan berat badan yang lebih baik.
Pencegahan Penyakit Jantung
Makan tilapia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut satu artikel kajian yang diterbitkan dalam edisi 2008 daripada "American Journal of Clinical Nutrition," kajian menunjukkan bukti yang kukuh bahawa pengambilan 1-2 hidangan ikan seminggu, atau 250 miligram EPA ditambah DHA setiap hari dengan ketara dapat mengurangkan risiko anda mendapat penyakit jantung koronari dan serangan jantung secara tiba-tiba.
AMARAN
Tilapia mungkin mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain yang boleh menjadi berbahaya untuk wanita hamil, wanita menyusu dan juga kanak-kanak. Menurut Pakar Perubatan, seorang wanita hamil atau yang sedang menyusu perlu mengambil kurang daripada 39 mikrogram merkuri seminggu; 4 auns tilapia mengandungi hanya kira-kira 2 mikrogram merkuri. Ikan yang tinggi merkuri seperti ikan yu, ikan todak, ikan merah dan ikan kembung mungkin mengandungi 110-220 mikrogram merkuri dalam setiap bahagian 4-auns. Bagaimanapun tilapia diklasifikasikan sebagai ikan yang rendah merkuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan