19.8.15

KHASIAT DELIMA


Sangat baik untuk anda

Buah delima dikenali sebagai buah ajaib. Telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak beribu tahun. Makanan ini mengandungi antioksidan yang kuat dan kaya dengan vitamin. Malahan telah terbukti menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Ia membantu merawat sakit perut, hot flashes, menopaus, buasir, konjunktivitis, osteoartritis, merendahkan tekanan darah, merangsang sistem imun, selesema, mengurangkan keradangan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kolesterol.


Untuk jantung yang sihat

Prof Michael Aviram, ketua Makmal Penyelidikan Lipid daripada Pusat Perubatan Rambam di Haifa Israel. Beliau menyatakan ` Delima ialah ubat untuk jantung' . Jus delima berpotensi untuk melindungi daripada serangan jantung dan strok. Menurut penyelidikan baru yang keluar dari makmal Aviram dan dalam artikel beliau dari Rambam Maimonides Medical Journal pada bulan April 2013, jus delima mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi daripada sumber-sumber lain seperti wain merah, jus anggur, jus blueberry, jus kranberi dan teh hijau.

Melawan kanser prostat dan kencing manis

Satu kajian menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat dalam jus delima mungkin berfaedah kepada pesakit kencing manis. Para penyelidik mendapati bahawa meminum jus delima dapat mengurangkan pengambilan teroksida "buruk" kolesterol LDL oleh sel-sel imun yang merupakan faktor utama menyumbang kepada aterosklerosis .

Dua lagi kajian terbaru oleh penyelidik Britain dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa komponen dalam delima membantu mencegah kanser prostat metastasis. 

Delima membuat anda muda

Herbology Cina menyatakan jus delima adalah sebagai rawatan untuk usia yang panjang. Ekstrak antioksidan yang terdapat pada delima ini yang mengandungi ruby yang boleh mencegah kedutan pada kulit. Produk delima yang terdapat pada barangan kosmetik termasuklah sebagai krim anti-penuaan, minyak urut, mask dan toners.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...