19.4.14

KHASIAT KICAP


Kicap adalah perasa makanan yang amat biasa digunakan untuk masakan di negara kita dan juga negara-negara di Asia. Asal-usul kicap ialah dari China dan telah pun digunakan sejak lebih daripada 2,500 tahun yang lalu. Kicap adalah perasa serbaguna untuk pelbagai jenis makanan dan masakan. Kicap boleh menambahkan rasa pedas, rasa manis, rasa masin dan apa jua rasa mengikut kreativiti untuk makanan anda. 

Sumber Natrium
Satu hidangan 1 sudu teh kicap mempunyai 335 miligram natrium. Walaupun natrium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk fungsi asas badan termasuk fungsi saraf yang mengawal tekanan darah anda, had yang disyorkan natrium untuk orang dewasa adalah 2,300 miligram sehari. Terlalu banyak natrium pula akan mengakibatkan kesan tekanan darah yang tinggi

Natrium yang lebih rendah dari Garam
Berbanding dengan garam, kicap mempunyai tahap kemasinan yang hampir sama dengan garam tetapi kandungan natriumnya jauh lebih rendah daripada jumlah natrium yang terdapat dalam garam. Untuk golongan yang mengurangkan diet natrium/garam dalam makanan mereka bolehlah menggunakan kicap sebagai perisa kemasinan makanan dengan lebih selamat dan sihat. Sebuah penerbitan 2009 dalam "Jurnal Sains Makanan" mendapati bahawa menggantikan kicap sebagai pengganti garam dalam makanan dapat mengurangkan jumlah kandungan natrium sehingga 50 peratus walaupun mempunyai tahap kemasinan yang sama.



Sumber Anti-alergik 
Satu kajian tahun 2005 di "Journal Sains Bio  dan kejuruteraan Bio " mendapati bahawa kicap mempunyai ciri-ciri antialahan/antialergik. Dalam kajian, polisakarida dihasilkan semasa proses penapaian yang diperlukan untuk membuat kicap yang menunjukkan kebolehan antialahan yang kuat. Dalam satu lagi kajian terhadap manusia, peserta yang mengambil kicap yang mempunyai alahan menunjukkan peningkatan tahap antialergik lebih daripada mereka yang mengambil plasebo(bahan anti alergik). Para saintis membuat kesimpulan bahawa kicap mempunyai potensi besar dalam merawat sakit alahan, walaubagaimanapun kajian lebih lanjut diperlukan untuk membuktikan kenyataan ini.

Sumber antioksida
Pada tahun 2005, dalam kajian yang sama iaitu kajian yang dijalankan pada kicap telah mendapati bahawa kicap adalah sangat tinggi dalam shoyuflavones, sejenis antioksidan semula jadi. Antioksidan semulajadi melindungi badan anda daripada kerosakan akibat radikal bebas pada badan anda secara semula jadi. Radikal bebas boleh mempercepatkan proses penuaan, serta berpotensi meningkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung atau kanser. Pengarang kajian itu membuat kesimpulan bahawa antioksidan dalam kicap membantu mengurangkan kesan-kesan keradangan, dan juga dapat menyelaraskan pengeluaran asid gastrik yang membantu proses penghadaman. Selain itu, sifat-sifat anti-mikrob/antikuman kicap telah didapati berkesan dalam melindungi tubuh daripada bakteria tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...