17.3.14

KHASIAT AIR LIMAU

Berikut adalah lima fakta menakjubkan tentang air limau

Baik untuk kesihatan wanita. 
Ia mengandungi kalsium dan folat, dua nutrien yang penting bagi wanita pasca menopaus dan perempuan dewasa yang boleh melahirkan anak. Satu limau segar mengandungi 22 miligram kalsium dan lebih lima mikrogram folat. 

Kulit limau boleh melawan penuaan kulit. 
Kulit buah-buahan sitrus mengandungi perencat terhadap tindakan pengeluaran melanin. Dengan prtambahan usia dan pendedahan terhadap sinar UV, melanin yang memberikan pigmen pada kulit anda akan bertindak membina dan menimbulkan bintik-bintik pada kulit anda. Merawat kulit untuk topeng dengan cebisan kulit limau di dalamnya boleh mengurangkan hyperpigmentation ini.

Anti-karsinogen. 
Sebatian limonoid dalam limau telah terbukti dapat mencegah kanser kolon, perut dan darah. Walaupun mekanisme yang tepat tidak diketahui, saintis telah mendapati bahawa antioksidan pada limau juga boleh menyebabkan kematian sel kanser. Air limau juga kekal aktif dalam aliran darah anda dan berupaya menyingkir lebih banyak radikal bebas berbanding teh hijau atau coklat gelap.

Mencegah pembentukan batu karang. 
Samada dari yang segar atau daripada jus pekat, jus limau mengandungi lebih banyak asid sitrik. Asid sitrik adalah perencat semulajadi batu karang yang terhasil daripada kalsium terhablur. Ambil jus limau segar yang diperah ke dalam air untuk mendapatkan faedah yang maksimum.

Menurunkan kolesterol. 
Flavonoid yang terdapat dalam limau yang dikenali sebagai hesperidin, telah terbukti berupaya merendahkan kolesterol dan trigliserida. Dapatkan hesperidin yang terbaik daripada air limau ini sebaiknya. Empulur putih pada limau juga mempunyai serat dan khasiat yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...