26.2.15

KHASIAT AIR


Fakta tentang air ;

  • Minum 2 gelas air selepas bangun dari tidur boleh mengaktifkan fungsi organ dalaman badan kita.
  • Minum segelas air 30 minit sebelum  makan dapat membantu sistem penghadaman dan pencernaan.
  • Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
  • Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah serangan strok dan serangan sakit jantung.
  • Minum 8 gelas air sehari tak semestinya air tulen semata-mata, air boleh didapati dari mana-mana sumber jus atau bancuhan minuman kegemaran anda.
  • Minuman beralkohol merosakkan fungsi hati dan fungsi buah pinggang anda dengan cepat...hindari semua jenis arak.
  • Air yang terlalu ditulenkan menggunakan alat penapis minuman adalah berbahaya kepada badan anda juga. Ini kerana air yang ditapis dan ditulenkan akan kehilangan banyak mineral penting dalamnya, sekiranya anda meminumnya akan menyebabkan mineral penting dalam badan anda akan diserap sendiri oleh air yang anda minum!!
  • sebaik mana pun ubat-ubatan atau suplemen makanan yang anda ambil, tidak akan memberi manfaat kepada badan anda sekiranya anda tidak mengambil air yang mencukupi. Air akan membawa khasiat ini ke seluruh badan anda.
  • Air kopi dapat berfungsi sebagai pembersih buah pinggang
  • Air tebu dapat berfungsi sebagai pembersih organ hati.
  • Air lemon dapat mengawal masalah keasidan badan 
  • Air teh hijau membekalkan lebih banyak vitamin C berbanding buah-buahan yang anda makan.
  • Air kelapa mengandungi lebih banyak elektrolit dan lebih berkesan menghidratkan tubuh badan berbanding air-air isotonik yang lebih mahal harganya.
  • Pakar farmasi menjelaskan bahawa minum ubat-ubatan menggunakan air suam atau air yang separuh panas adalah tidak sesuai, sebaiknya gunakan air bersuhu sejuk yang normal.
  • Ulser dalam mulut boleh dicegah dengan air yang mengandungi klorin. Kebanyakan penapis air selalunya menyingkirkan klorin dari sumber air di rumah anda.
  • Rasa dan bau yang nyaman pada air yang anda minum datangnya dari kandungan mineral dalam air tersebut.
  • susu lembu adalah lebih bersifat asid dan susu kambing adalah lebih bersifat alkali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...