Kari adalah gabungan beberapa adunan rempah istimewa yang berasal dari benua India yang telah menjadi rempah masakan yang dimakan oleh hampir semua penduduk dunia. Sesetengah
orang amat menyukainya, manakala terdapat juga takut untuk mencubanya kerana sifat pedas yang telah menjadi sinonim dengan perkataan kari. Bagi rakyat Malaysia tak kira kaum apa anda, mesti rasanya hampir 99.99% pernah menikmati atau atau paling kurang pernah merasa hidangan berkari. Tahukah anda, kari terdapat pelbagai jenis vitamin dan mineral yang bermanfaat terkandung dalamnya.
Melawan artritis dan sakit sendi
Kunyit, bahan
utama dalam kari, mempunyai banyak manfaat kesihatan dalam hidangan ini. Kunyit dapat membantu melegakan kesakitan mereka yang mengalami artritis
atau sakit sendi dan radang sendi. Malahan juga kunyit boleh mengurangkan bengkak dan mengurangkan
kesakitan yang dikaitkan dengan radang sendi. Ujian ini telah diuji secara klinikal pada tikus.
Boleh Mengurangkan Risiko Alzheimer dan Demensia
Satu lagi
faedah kunyit dalam kari ialah dapat mengurangkan risiko untuk menghidap Penyakit Alzheimer dan
demensia. Ini adalah kerana kandungan curcumin dalam kunyit ; curcumin boleh mengenal
pasti plak dalam otak yang dipanggil plak amiloid. Sekiranya berlebihan, plak
amiloid boleh mengganggu perhubungan sel-sel otak yang menyebabkan keupayaan memori otak berkurangan dari masa ke masa. Jika anda mengambil curcumin yang cukup secara tetap ,ia dapat mengawal plak tersebut dan mengelaknya dari membiak.
Merencat Kanser
Kunyit yang terdapat dalam kari telah
didapati dapat mengurangkan risiko pertumbuhan kanser prostat, payudara, kulit dan kanser
kolorektal, ini mungkin kerana sifat antioksidannya yang sangat kuat. Kebaikannya walaupun tak dapat memusnahkan kanser itu sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan pertumbuhan kanser. Walau
bagaimanapun, dengan makan kari sahaja tidak akan memadam risiko anda untuk kanser.
Meningkatkan Kekebalan
Bahan-bahan
lain dalam kari, seperti lada cili dan juga curcumin, bermanfaat dalam
meningkatkan imuniti badan anda dan ciri-ciri penyembuhan kepada penyakit tertentu . Ini adalah kerana ia kaya dengan vitamin seperti vitamin C , vitamin A dan vitamin B6, dan mereka
meningkatkan sistem imun badan .
Memudahkan Penghadaman
Bahan-bahan
dalam kari seperti asafoetida, allspice , jintan manis, buah pelaga dan lada
hitam boleh membantu mengurangkan masalah pada sistem penghadaman. Masalah pencernaan,
sembelit , hilang selera makan , sakit perut dan juga buasir boleh berkurangan selepas mengambil hidangan kari secara tetap .
Membantu Membakar Lemak
Lada hitam yang terdapat dalam kari adalah yang terbaik dapat memecahkan sel-sel lemak. Manakala serbuk cili kering dalam kari juga dapat menolong merembeskan lemak dengan cepat dalam usus perut anda.
Mengawal Asma
Beberapa
bahan-bahan dalam hidangan ini berupa membantu meringankan kekerapan gejala asma. Asafoetida dan curcumin sama-sama boleh membantu
mengawal gejala asma ringan .
Mencantikkan Kulit
Banyak
bahan-bahan dalam hidangan, seperti kunyit dan kayu manis, kaya dengan
antioksidan, yang boleh membantu meningkatkan penampilan kulit anda dan
membantu mencegah kesan-kesan kosmetik yang negatif daripada pendedahan jangka
panjang kepada bahan pencemar atau asap. Curcumin juga boleh memperbaiki rupa
rambut dan kuku anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan