29.6.14

KHASIAT LIMAU BALI


Mencegah jangkitan saluran kencing
Jangkitan pada saluran kencing adalah jangkitan bakteria yang menjejaskan sistem saluran kencing yang menyukarkan anda membuang air kencing. Peningkatan penggunaan jus limau bali membantu untuk melawan bengkak ini yang kerap berlaku pada wanita hamil. Vitamin C hadir dalam limau bali meningkatkan tahap asid dalam air kencing dan membunuh bakteria dalam saluran kencing .

Penyembuhan tisu
Enzim yang terdapat dalam Vitamin C membantu dalam membina kolagen iaitu sejenis protein yang menguatkan kulit menjadikan kulit fleksibel dan memulihkan luka.

Gusi yang sihat
Pendarahan dan gusi yang longgar adalah petanda kekurangan vitamin C. Pembangunan kolagen bukan sahaja penting untuk kulit, tetapi juga penting untuk mewujudkan gusi dan gigi yang sihat dan seimbang. Limau bali membantu untuk membuat gusi kuat dan menyihatkan gigi.

Kesihatan jantung
Limau bali mempunyai kandungan kalium yang tinggi. Ia sama seperti Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam menyokong jantung. Mineral penting ini mengawal tahap tekanan darah. Jus limau bali dapat menghilangkan sumbatan pada arteri yang terkumpul di dalam badan, dengan itu dapat mengurangkan penyumbatan darah dan bermanfaat untuk penghidap tekanan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan dan menggalakkan kolesterol baik.

Mencegah kelesuan
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan. Kekurangan zat besi sering membawa kepada anemia iaitu kekurangan darah di dalam badan. Mempunyai makanan yang kaya dengan Vitamin C membantu untuk memerangi kekurangan besi dan memperbaiki peredaran darah.

Selesema
Makan buah-buahan segar atau limau bali ataupun meminum jus limau bali boleh membantu mencegah toksin dan sel-sel radikal bebas daripada terbina dalam badan. Terlalu banyak radikal bebas dalam badan boleh menggugat kesihatan kita seperti demam, selsema, asma, jangkitan bakteria, alahan dan sebagainya. Vitamin C adalah salah satu nutrien yang merangsang tindakan antibodi dan sel-sel imun yang menjaga badan daripada bakteria yang menyebabkan demam dan selesema.

Melawan kanser
Kulit limau bali sangat kaya dengan bioflavonoids yang melawan kanser dan membantu mengurangkan keberangkalian kanser pada pankreas, usus dan payudara. Ia juga berupaya memberhentikan kanser daripada merebak dengan membolehkan badan untuk menghapuskan estrogen yang berlebihan. Serat yang hadir dalam limau bali melindungi anda daripada kanser kolon.

Anti penuaan
Limau bali sama seperti grapefruits mengandungi spermadine yang melindungi sel daripada proses penuaan dan kerosakan sel. Ia memerangi kedutan dan penuaan kulit dan menjadikan kulit kelihatan muda, gebul dan lembut. Ia bukan sahaja membuang radikal bebas yang merosakkan kulit tetapi juga membantu badan meningkatkan pengeluaran kolagen.

Berat badan
Serat adalah sangat penting untuk proses penurunan berat badan. Makanan yang tinggi serat kekal di dalam perut untuk masa yang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar biasa. Buah ini juga mempunyai ciri-ciri yang membantu untuk membakar lemak mengurangkan kanji dan kandungan gula dalam badan .

Mencegah osteoporosis
Osteoporosis yang tidak terkawal boleh menjejaskan postur, pergerakan badan dan juga fleksibiliti. Rawatan untuk tulang rapuh memerlukan makanan yang kaya dengan kalsium dan mineral untuk menggalakkan perkembangan tulang baru. Pulpa limau bali meningkatkan kesihatan tulang dan mengurangkan risiko potensi tulang menjadi rapuh .

Membantu sistem pencernaan 
Vitamin C yang tinggi dalam kandungan limau bali mengekalkan keanjalan arteri dan meningkatkan fungsi sistem pencernaan. Walaupun makanan yang mempunyai kandungan asid askorbik yang tinggi, ia menghasilkan tindak balas alkali bila dihadamkan. Pomelo penuh dengan serat yang membantu dalam memelihara usus yang normal dan mengelakkan buasir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...