1.5.14

KHASIAT TAUHU KERING


Tauhu adalah makanan tradisional yang sangat popular  di China.  Terdapat pelbagai jenis tauhu dan salah satu daripadanya ialah tauhu kering. Tauhu kering ialah salah satu jenis tauhu yang sudah biasa dimakan oleh rakyat Malaysia. Tauhu sangat kaya dengan nutrien malahan sangat murah dan sangat mudah disediakan. 

Faedah Kesihatan Tauhu

Memberi tenaga dan mengimbangi sistem pencernaan
Makan tauhu boleh meningkatkan tenaga badan dan esen organ, membina otot dan memberikan tenaga kepada organ-organ dalaman. Tauhu adalah sumber protein dan adalah baik untuk dimakan apabila anda mungkin mempunyai masalah pencernaan.

Menghilangkan haba dan toksin dari badan:
Tauhu bersifat menyejukkan dan mempunyai rasa manis yang sederhana. Ia bertindak ke atas perut, limpa dan usus besar. Ia membantu untuk membersihkan toksin (akibat pembentukan makanan sukar dihadamkan) di dalam usus. Apabila orang mempunyai ketulan makanan di kawasan usus, mereka mungkin mempunyai tanda-tanda berikut seperti: sembelit atau pergerakan tinja tidak sempurna, kembung perut, badan terasa panas, sakit kepala, sukar bernafas, ulser mulut, insomnia, kekurangan tenaga, berat pada tangan dan kaki dan mendapat berat badan. Jika anda tidak menjaga gejala-gejala ini, badan anda akan menjadi bertambah berat dan berupaya membentuk toksin dalamnya. Akibat yang mungkin ialah membawa kepada tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah peredaran darah, mendapat berat badan atau gangguan jantung. Makan sejumlah tauhu yang tetap boleh membantu mengelak badan anda dari berlakunya keadaan ini.

Melicinkan gerakan sendi dan melembapkan kulit
Ramai wanita mengalami kulit kering selepas berumur 40 tahun, mereka juga mungkin mempunyai tanda-tanda menopaus seperto berikut: Kekakuan pada sendi, rasa panas , emosi, sembelit atau dahaga ketika tidur. Perubatan Cina menganggap ini sebagai gangguan yin dan yang, sebagian besar ialah pada organ hati dan pada organ buah pinggang. Tauhu mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu mengimbangi yin  dan yang pada badan. Amalan makan tauhu akan membantu anda untuk mengurangkan gejala-gejala ini .

Menggalakkan susu ibu 
Penyusuan adalah pilihan yang terbaik dalam memberi makanan pada bayi dan juga memberi manfaat kepada ibu. Dalam buku tradisional  terapi diet ada menyatakan bahawa makan tauhu boleh membantu untuk menghasilkan kualiti dan kuantiti susu ibu yang lebih bagus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...