21.6.14

KHASIAT AISKRIM


Ramai dikalangan kita enggan untuk makan ais krim kerana takutkan lemak. Komposisi ais krim yang mengandungi tenaga, protein dan lemak tepu sentiasa dipersalahkan sebagai punca kegemukan. Malahan komposisi kalori pada ais krim hanyalah kira-kira 10%  daripada jumlah keperluan lemak harian. Ais krim dianggap sebagai penyebab kepada obesiti adalah suatu mitos yang salah sama sekali.

Ais krim adalah termasuk dalam makanan beku yang mempunyai tekstur semisolid dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Bahan yang digunakan dalam pembuatan ais krim termasuk: lemak susu, pepejal susu bukan lemak, krim, gula, penstabil, pengemulsi, dan rasa ekstrak. Sekurang-kurangnya 100 gram ais krim yang dibuat daripada susu yang mempunyai 110-130 kalori dengan kandungan protein 2.5 - 3 gram.

Kerana ia mengandungi susu yang kaya dengan laktoferin dan cytokines maka makan ais krim sebenarnya dapat meningkatkan sistem imun anda daripada penyakit termasuklah selesema. Yang peliknya ais krim dianggap sebagai penyebab kepada selsema, batuk dan selsema. 

Larangan makan ais krim di hospital juga termasuk andaian yang salah. Pada masa sakit, badan kita memerlukan banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Ais krim adalah salah satu hidangan yang boleh memberikan banyak air untuk badan kita. Pengecualian adalah bagi orang-orang dengan sakit tekak, asma, dan tonsillitis.

Manfaat ais krim:

Kalsium
Kandungan kalsium dalam ais krim adalah berguna untuk mengekalkan kepadatan tulang , mencegah osteoporosis , kanser, dan darah tinggi.

Sangat berkhasiat dan tidak menggemukkan
Ais krim tidak mengandungi lemak yang banyak seperti yang didakwa terutamanya lemak tepu. Yang menyebabkan ramai orang mengelak dari ais krim ialah lemak. Malahan sumbangan kalori pada ais krim untuk setiap hidangan (satu cawan) hanya kira-kira 10% daripada jumlah kalori dan sumbangan lemak kira-kira 15% daripada jumlah keperluan lemak harian. Jumlah yang kecil ini dianggap sebagai punca obesiti.

Bukan Punca Selsema
Ais krim bukan punca batuk dan selsema. Kerana apabila ia memasuki mulut ais krim akan cair dengan cepat. Ais krim lebur dangan cepat akibat oleh pengaruh suhu badan kita supaya apabila ais krim ke dalam suhu esophageal tidak sesejuk air ais.

Antitumor dan HIV
25% - 30% kandungan ais krim adalah susu. Susu adalah terdiri daripada Laktoferin yang mempunyai peranan sebagai agen pertahanan tidak spesifik terhadap patogen. Laktoferin juga mempunyai aktiviti antiviral terutamanya terhadap cytomegalovirus, influenza dan HIV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...