13.6.14

KHASIAT TEH BUNGA


Teh bunga mempunyai Vitamin C di mana membantu meringankan sakit kepala akibat demam selsema dan memberikan kelegaan kepada ketidakselesaan akibat resdung. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-virus dan membantu melegakan sakit kepala yang mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Rasa berat di kepala juga boleh disebabkan oleh reaksi patogen bakteria. Teh kekwa adalah bersifat anti spirochetal oleh itu ia  membantu dalam mengurangkan sakit kepala.

Teh bunga adalah secara semulajadi bebas dari kafein dan dengan itu ia adalah bebas daripada segala kesan sampingan kafein seperti keresahan, ketegangan, kerengsaan, cemas dan kekeliruan.

Teh bunga adalah penyejuk semula jadi dan dapat mengurangkan suhu badan apabila mengalami demam panas. Ia juga boleh merawat ketidakselesaan akibat suhu panas seperti sakit kepala, sakit gigi yang ringan dan rasa saraf berdenyut dalam gusi. Ia juga membantu dalam merawat jerawat.

Teh bunga adalah baik untuk detoksifikasi hati dan untuk merendahkan kolesterol. Teh ini juga membantu dalam rawatan penyakit arteri koronari, arteri dan urat yang tersumbat.

Teh bunga boleh merangsang sistem deria dan mencerdaskan otak. Ia merangsang semua deria anda dengan cepat dan juga menenangkan saraf sekaligus dapat membantu mengurangkan kerunsingan dan stress.

Ia juga membantu dalam meredakan sakit tekak, kemerahan di mata, gatal di mata dan kekeringan mata. Ia membantu paru-paru yang mempunyai masalah pernafasan seperti sesak nafas.

Teh bunga apabila diambil waktu makan tengah hari atau waktu makan malam akan banyak membantu memudahkan penghadaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...