27.5.14

KHASIAT ROTI NAAN


Roti naan kosong adalah salah satu pilihan makanan yang lebih sihat untuk dimakan di sebuah restoran India. Memilih makanan yang manis atau makanan yang berlemak boleh meningkatkan kalori dan menjadikannya suatu pilihan makanan yang kurang berkhasiat. Roti naan adalah jauh lebih sihat berbanding roti canai yang berkalori tinggi akibat minyak (lemak) yang digunakan untuk memasak.  

Kandungan nutrien naan
Sekeping (3 auns) naan biasa menyediakan 

  • 247 kalori
  • 8.2 gram protein
  • 4.8 gram lemak
  • 42.9 gram karbohidrat
  • 1.9 gram serat. 
Sekeping naan gandum mengandungi

  • 243 kalori
  • 8.7 gram protein
  • 5.7 gram lemak
  • 39.3 gram karbohidrat 
  • termasuk 4.1 gram serat , atau 16 peratus daripada nilai setiap hari. 
Sekeping naan tandori masala yang mempunyai bawang putih, bawang besar dan campuran rempah menyediakan

  • 237 kalori 
  • 9 gram protein
  • 3 gram lemak
  • 45 gram karbohidrat 
  • termasuk 3 gram serat.
Vitamin dan Mineral
Naan adalah sumber zat besi dan vitamin B, niasin, thiamine, riboflavin dan vitamin B-6. Ia menyediakan lebih daripada 10 peratus daripada nilai permakanan harian bagi setiap mikronutrien ini. Naan yang diperbuat dari gandum pula mengandungi lebih banyak mikronutrien penting. Ia menyediakan lebih daripada 10 peratus daripada keperluan harian untuk magnesium, fosforus, thiamine, niasin dan vitamin B-6 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...