Dabai atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum didapati banyak terdapat di pelbagai daerah iaitu Kanowit, Sarikei, Kapit dan Song di Sarawak. Daripada kajian saintifik yang telah dibuat dabai mengandungi
- Lipid adalah makro nutrien utama yang terdapat dalam buah dabai. Lipid adalah asid lemak yang bagus untuk kesihatan.
- Mineral utama yang lain yang didapati terdapat dalam dabai termasuklah kalsium, natrium dan kalium.
- Protein buah dabai kaya dengan asid aspartik dan glutamat yang menyumbang 45-49% daripada jumlah asid amino.
- Buah dabai jenis ungu yang kebanyakannya datang dari daerah Kapit didapati mengandungi jumlah fenolik tertinggi, flavonoid dan anthocyanin (p <0.01) yang menjadikan kandungan dabai kaya dengan antioksidan.
- Aktiviti antioksidan sangat berkorelasi dengan kandungan fenolik dan flavonoid buah dabai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan